Wednesday, October 14, 2009

Tawaran Untuk Menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam akan menerima pelajar baru bagi sesi kemasukan November 2009 untuk pelajar ASASI dan pelajar baru bagi sesi Disember 2009 tidak lama lagi.


Sehubungan dengan itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni ingin mempelawa pelajar yang berminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) supaya mengisi Borang PMMS.

Borang PMMS boleh dicetak sendiri di sini:
*sila pastikan anda mencetak kedua-kedua belah halaman depan dan belakang.



Borang PMMS yang lengkap diisi hendaklah dikembalikansebelum/pada 30 Oktober 2009 ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Mereka yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mail.


SEMUA PMMS YANG DIPILIH, DIMESTIKAN HADIR UNTUK MENGIKUTI KURSUS :
  1. One Malaysia Siri 4 (15-19 NOVEMBER 2009)
  2. One Malaysia Siri 5 (Kursus PMMS) (12-16 DISEMBER 2009)

No comments:

Post a Comment