Wednesday, October 14, 2009

Tawaran Untuk Menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam akan menerima pelajar baru bagi sesi kemasukan November 2009 untuk pelajar ASASI dan pelajar baru bagi sesi Disember 2009 tidak lama lagi.


Sehubungan dengan itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni ingin mempelawa pelajar yang berminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) supaya mengisi Borang PMMS.

Borang PMMS boleh dicetak sendiri di sini:
*sila pastikan anda mencetak kedua-kedua belah halaman depan dan belakang.



Borang PMMS yang lengkap diisi hendaklah dikembalikansebelum/pada 30 Oktober 2009 ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Mereka yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mail.


SEMUA PMMS YANG DIPILIH, DIMESTIKAN HADIR UNTUK MENGIKUTI KURSUS :
  1. One Malaysia Siri 4 (15-19 NOVEMBER 2009)
  2. One Malaysia Siri 5 (Kursus PMMS) (12-16 DISEMBER 2009)

Monday, September 7, 2009

bubur lambuk @ F.A.C.T












anjuran MPP & SMF Teka

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA F.A.C.T


Berbuka Puasa Perdana
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik

Tarikh : 09/09/09
Hari : Rabu
Waktu : 6 ptg - 8 mlm
Tempat : Perkarangan tempat letak kereta FACT

semua warga FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK dijemput hadir

anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar & Sekretariat Mahasiswa Fakulti F.A.C.T


Thursday, September 3, 2009

MEMIMPIN?atau TERPIMPIN...PEMIMPIN...sentiasa dipersoalkan.


pemimpin itu perlu. manusia dilahirkan untuk pemimpin. manusia adalah khalifah di muka bumi. setiap yang dijadikan Tuhan punyai sifat kebergantungan. sifat untuk mahukan sesuatu. sifat yang inginkan sesuatu. dan sifat untuk tunjukkan sesuatu. itulah sifat sebagai seorang khalifah. rasa tanggungjawab itu sudah tertanam secara semulajadi di dalam diri masing-masing. rasa bersalah terhadap sesuatu yang dipertanggungjawabkan. rasa ungin tahu terhadap bebanan tanggungjawab yang dipikulnya. rasa diri bagus untuk memimpin. kenapa perlunya ada sifat sebegitu di dalam diri?

sudah biasa. serta memang sudah termaktub di dalam bahu masing-masing. fitrah manusia adalah khalifah., tetapi, bila difikir-fikirkan, akan timbul sebuah persoalan yang begitu luas. kenapa manusia perlukan sifat sebegitu? manusia hanya mampu jawap asasnya sahaja. di dasarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. kuasa Tuhan. manusia tak mampu. kita dicipta dari Yang Maha Agung. persoalan kepimpinan manusia akan terus dipersoalkan sehinggalah berlakunya kiamat.

manusia penuh dengan sifat yang buruk. jika buruk itu ditegakkan, mana mampu yang baik mahu menandingi. yang boleh dilakukan adalah terpulang pada diri sendiri. yang mengawal sifat buruk dan baik. tidak guna menggunakan kata-kata kesat untuk memberontak. sejarah juga sudah mengajar, manusia tidak akan berjaya dengan kata-kata kesat. oleh itu gunakan kebijaksanaan untuk menentang. bukannya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang menjatuhkan. bukannya menyerang peribadi seseorang pemimpin. memang peribadi itu penting, tetapi ada batasnya untuk dijolok.

jika benar mahu memimpin, kenapa tidak kamu sahaja pergi memimpin? kenapa dengan senang kamu menyalahkan pemimpin? bertukarlah kamu kepada seorang pemimpin yang berfikiran matang.

sekian, salam dari seoarang pemimpin.


Wednesday, April 15, 2009

Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi di UiTM Malaysia Kampus Puncak Alam







SMF telah menghantar 4 orang wakil iaitu Shamsul Fariz Mohd Sharif (Presiden), Nurhidayah Azman (Setiausaha 1), Mohd Anuar Mohd Sharif (Setiausaha 2), dan Hanim Ishak (Exco Perhubungan Dalaman).

terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama.

Monday, April 6, 2009

Kursus pengurusan Organisasi di UiTM Kampus Puncak Alam

SMF TEKA telah dijemput untuk menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi di UiTM Kampus Puncak Alam, pada 10 hingga 12 April 2009. SMF telah menghantar 7 wakil untuk menghadiri kursus tersebut.

Wednesday, April 1, 2009

FESMA

Sekretariat Mahasiswa Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik telah menyertai FESMA (Festival Kelima Kolej) Kolej Puncak Perdana. SMF FACT telah diletakkan di bawah Biro Cenderahati.

FESMA dianjurkansempena memperingati penubuhan lima tahun Kolej Puncak Perdana. oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah menjemput kesemua persatuan dalaman yang berada di dalam Kampus Puncak Perdana.

anda dijemput datang beramai-ramai ke FESMA (1-5 April).

Tuesday, March 31, 2009

Salam Sayang dari Majlis Tertinggi SMF TEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam sahabat dari kami barisan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik sesi 2009/2010. terima kasih saya ucapkan kepada pelajar-pelajar FACT kerana sudi menjengah ke blog ini. blog ini baru sahaj ditubuhkan. ia diwujudkan adalah untuk :
  • kemudahan komunikasi pelajar FACT dengan barisan SMF FACT sesi 2009/2010.
  • untuk menyebarkan sebarang maklumat dan aktivit yang dilakukan SMF atau fakulti.
  • sebarang aduan dan permasalahan pelajar FACT boleh diaju di dalam blog ini.
  • memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. lebih efisyen.
  • memantapkan lagi organisasi SMF sebagai penghubung pelajar dan staff.
kami bersedia dengan tanggungjawab yang telah diberi. dengan ini gunakanlah medium ini memudahkan lagi penyelesaian masalah yang di hadapi anda-anda sekalian.

sekian, terima kasih.

Shamsul Fariz B Mohd Sharif
Presiden SMF FACT

FACT antara 10 terbaik dalam Sukan Antara Fakulti

tahniah.
tahniah.
tahniah.

taniah kami ucapkan kepada semua kontijen yang mewakili FACT di dalam Sukan Antara Fakulti. kita dinobatkan antara 10 fakulti terbaik kerana memenangi 2 gangsa dan kebanyakan atlet kita berjaya mara ke final.

laporan lain akan menyusul.

sekian, tahniah.

MODUL 3 Semester 3

kepada semua pelajar semester 3 Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik,
Moudul 3 akan diadakan :

4 April 2009

Pancha Delima

8.00 pagi hingga 5.00 petang.

pakaian formal

semua pelajar semester 3 diwajibkan hadir dan kepada mana-mana pelajar yang belum mengambil Modul 3 andan dialu-alukan hadir. tindakan tatatertib akan terus dikenakan jika anda gagal menghadiri Modul 3.

sebarang masalah ajukan kepada SMF.

terima kasih.

Saturday, March 21, 2009

SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI sesi 2009/2010

PRESIDEN
Shamsul Fariz Mohd Sharif

TIMBALAN PRESIDEN
Zaharin Haris

SETIAUSAHA 1
Nurhidayah Mohd Azman

SETIAUSAHA 2
Mohd Anuar Mohd Sharif

BENDAHARI
Nik Norhafizah Hassan


EXCO AKADEMIK
Mohd Qayyum Abdul Halim
TIMBALAN EXCO AKADEMIK
Wan Fatimah Wan Jusoh

EXCO PERHUBUNGAN DALAMAN & PR
Zahari Apendi Sulaiman
Hanim Ishak
TIMBALAN EXCO PERHUBUNGAN DALAMAN & PR
Zeana Yantie Mohsin
Hazwani Husna Azman

EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI
Noor Marina Mohd Samsuri
TIMBALAN EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI
Muhammad Syuqri Rabiay
Mohd Najib Ramli

EXCO NON-RESIDEN
Siti Rafeah Ishak
TIMBALAN EXCO NON-RESIDEN
Azri Abu Hassan

EXCO KEBUDAYAAN
Siti Nurul Suraya Mohd Yusoff
TIMBALAN EXCO KEBUDAYAAN
Intan Zuraiza Salleh
Mohd Shazrul Supian

EXCO SUKAN & KEROHANIAN
Mohd Faiz Osman
Huzaimah Mat Razaly
TIMBALAN EXCO SUKAN & KEROHANIAN
Mohd Najib Mohd Yusoff
Zalikha Abu Samah

EXCO KEUSAHAWANAN
Mohd Farhan Mohamad
Sh. Noorashikin Suleiman
TIMBALAN EXCO KEUSAHAWANAN
Norfadhilah Abdul Rahim

EXCO PENEMPATAN & KEBAJIKAN
Ahmad Azhar Md Kassim
Faridah Amran
TIMBALAN EXCO PENEMPATAN & KEBAJIKAN
Siti Fatimah Azzahrah
Asrul Hafiz Huliman


Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik sesi 2009/2010

TIMBALAN PENGERUSI SEKRETARIAT KEBUDAYAAN

SYED MOHAMAD IZZUDIN BIN SYED AKIL

Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Skrin) Kepujian (CT223)
Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

014-2203349
syede@mppuitm0910.com


PENOLONG NAIB YANG DIPERTUA PENGURUSAN SUMBER

NUR NAFISHAH BT AZMI

Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik) Kepujian (CT222)
Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

017-5691248

nafishah@mppuitm0910.com

Wednesday, March 18, 2009

SMF FACT


































SEBARANG ADUAN MENGENAI FAKULTI DAN PELAJAR TEKA SILA TINGGALKAN KOMEN. TERIMA KASIH.