pemimpin itu perlu. manusia dilahirkan untuk pemimpin. manusia adalah khalifah di muka bumi. setiap yang dijadikan Tuhan punyai sifat kebergantungan. sifat untuk mahukan sesuatu. sifat yang inginkan sesuatu. dan sifat untuk tunjukkan sesuatu. itulah sifat sebagai seorang khalifah. rasa tanggungjawab itu sudah tertanam secara semulajadi di dalam diri masing-masing. rasa bersalah terhadap sesuatu yang dipertanggungjawabkan. rasa ungin tahu terhadap bebanan tanggungjawab yang dipikulnya. rasa diri bagus untuk memimpin. kenapa perlunya ada sifat sebegitu di dalam diri?
sudah biasa. serta memang sudah termaktub di dalam bahu masing-masing. fitrah manusia adalah khalifah., tetapi, bila difikir-fikirkan, akan timbul sebuah persoalan yang begitu luas. kenapa manusia perlukan sifat sebegitu? manusia hanya mampu jawap asasnya sahaja. di dasarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. kuasa Tuhan. manusia tak mampu. kita dicipta dari Yang Maha Agung. persoalan kepimpinan manusia akan terus dipersoalkan sehinggalah berlakunya kiamat.
manusia penuh dengan sifat yang buruk. jika buruk itu ditegakkan, mana mampu yang baik mahu menandingi. yang boleh dilakukan adalah terpulang pada diri sendiri. yang mengawal sifat buruk dan baik. tidak guna menggunakan kata-kata kesat untuk memberontak. sejarah juga sudah mengajar, manusia tidak akan berjaya dengan kata-kata kesat. oleh itu gunakan kebijaksanaan untuk menentang. bukannya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang menjatuhkan. bukannya menyerang peribadi seseorang pemimpin. memang peribadi itu penting, tetapi ada batasnya untuk dijolok.
jika benar mahu memimpin, kenapa tidak kamu sahaja pergi memimpin? kenapa dengan senang kamu menyalahkan pemimpin? bertukarlah kamu kepada seorang pemimpin yang berfikiran matang.
sekian, salam dari seoarang pemimpin.